Padi merupakan tanaman utama di negara-negara asia dan telah di tanam sejak zaman-berzaman. padi telah di perkenalkan oleh puak DEUTRO-MALAYS ke Malaysia pada tahun 1599 sebelum Masihi ketika mereka berhijrah ke rantau ini dari yunan. ketika itu Kepulauan Melayu di diami oleh puak Proto-Malays. di Asia Tenggara terdapat negara-negara lain yang mengeluarkan padi termasuk Indonesia, Thailand, Burma dan Filipina. Indonesia, Thailand dan Burma mempunyai kawasan penanaman padi yang luas dan sekaligus mengeluarkan hasil yang banyak. penanaman padi turut tersebar ke Benua-benua Eropah seperti Australia, Argentina, Amerika Syarikat, Itali dan beberapa buah negara Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) yang lain. Negara-negara barat ini turut menjadi pengeluar dan pengeksport padi walaupun nasi bukan makanan utama penduduk di negara-negara ini. padi di tanam di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Kedah adalah negeri yang mempunyai kawasan penanaman padi yang paling luas di Malaysia, sehingga di kenali sebagai Negeri Jelapang Padi di Malaysia....
klik di sini untuk kembali....!!