Padi merupakan satu daripada
spesis tumbuhan liar.Padi yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan
hasilkacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih
padi yang bermutu. Padi yang di tanam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu padi
sawah atau padi bendang dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang
adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.
Padi ini banyak menggunakan air, baja dan perlu di tanam dengan cara yang
teratur. Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat
terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya
yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi
3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.
Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi
huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang
kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh
serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya
ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Padinacin ialah padi yang
menghasilkan beras. Beras ini pula akan bertukar menjadi nasi dan merupakan makanan
utama yang di hidang apabila tiba waktu makan. Padi pulut tidak di hidang sebagai
makanan utama tetapi lebih banyak di gunakan untuk membuat kuih-muih. Ini disebabkan
keadaan yang senang melekat semasa di pegang dan rasa yang lemak....!!
`
push to back......!!