RAINBAR.gif (15138 bytes)

  Makanan Daripada Beras

Beras menghasilkan nasi yang merupakan makanan rutin rakyat Malaysia.  Sebagai makanan, beras di rebus tiga suku masak dan seterusnya dibiarkan masak di dalam wap.  Nasi yang baik ialah nasi yang tidak melekat dan lembut.  Nasi boleh dihidangkan dengan pelbagai cara.  Nasi boleh di makan begitu sahaja atau dengan sayur-sayuran atau lauk-pauk seperti ikan dan daging.  Nasi boleh di sediakan sebagai makanan utama untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam atau makan lewat malam sebagai pencuci mulut atau sup.  Nasi boleh dimasak dengan menambahkan bahan lain atau perisa.  Antaranya nasi boleh dibuat nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato, nasi briani, nasi goreng dan nasi himpit. Di kelantan pula, hidangan nasi dagang, nasi kerabu dan nasi berair adalah lebih dikenali.  Nasi juga boleh diwarnakan atau diperisakan dengan air rebusan daging, herba dan rempah.   Bubur nasi juga dihasilkan daripada beras.  Bubur dimasak untuk diberi makan kepada kanak-kanak atau orang sakit. Bubur ini dipanggil bubur nasi.  Untuk membuat bubur, beras dimasak dengan air yang banyak dan direnihkan di atas api yang kecil .  Hasilnya beras tidak bertukar menjadi nasi yang biasa di makan tetapi menjadi lebih lembut dan lembik.  Bubur lebih mudah untuk dimakan kerana tidak perlu dikunyah.  Bertambah sedap jika dicampur dengan ikan bilis, kacang goreng, kicap dan lain-lain lagi. Makanan ini baik juga dihidangkan untuk sarapan.  Bijirin sarapan yang pertama diperkenalkan pada tahun 1983.  Sehingga kini bermacam-macam jenis bijirin sarapan dapat dihasilkan dan boleh dibeli di kedai-kedai atau pasar-pasar raya.  Bijirin sarapan di campur dengan air panas, susu atau gula waktu di hidangkan.   Bijirin sarapan ini juga boleh di masak selama bebrapa minit sebelum dihidangkan.   Untuk membuat bijirin sarapan, bijirin mentah iaitu beras dimasak kemudian di proses menjadi emping dan dikeringkan.  Bijirin sarapan di tambah sedikit sodium fosfat atau bijirin di ubah suai dengan sedikit enzim ketika diproses.  Kesemua proses ini menyebabkan air dapat menyerap ke dalam bijirin dengan cepat apabila ditambah air sebelum di makan.  Bijirin sarapan dapat menjimatkan masa dalam penyediaan hidangan sarapan......

klik untuk page lain..nextclr.gif (1975 bytes)

ghost-gals1.gif (15293 bytes)senyum selalu.......