Khasiat  Beras...

Beras mempunyai banyak khasiat.   Beras mengandungi zat-zat kanji,protien dan juga lemak.  Selain itu di dalam beras juga terkandung zat-zat logam seperti besi, kalsium dan sulfat.  Beras juga mengandungi vitamin.  Zat beras banyak diperoleh sekiranya beras itu dikupas kulit tanpa di bersihkan.  Beras yang dibersihkan berwarna putih berkilat.  Beras yang ada tanda merah pada hujung adalah lebih baik daripada beras yang putih bersih.   Di kalangan orang Melayu, beras yang ditumbuk dengan lesung lebih banyak mengandungi zat daripada beras yang di proses dengan mesin.  Zat beras juga boleh hilang sekiranya cara memasak salah.  Memasak dengan periuk terbuka, membasuh beras terlalu bersih dan membuang kanji beras semasa nasi sedang mendidih boleh mengurangkan zat dalam beras.  Zat beras boleh juga menjadi kurang sekiranya beras itu disimpan lama dan banyak mengandungi habuk dan ulat beras...

next.gif (1358 bytes)

RAINBAR.gif (15138 bytes)