Jenis-jenis Padi.

                  Padi  merupakan  satu daripada   spesis  tumbuhan  liar.Padi yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasilkacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Padi yang di tanam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah atau padi bendang dan padi huma atau padi bukit.  Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.   Padi ini banyak  menggunakan air, baja dan perlu di tanam dengan cara yang teratur.  Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara.  Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm.  Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.   Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu.  Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga.  Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut.  Padinacin ialah padi yang menghasilkan beras.  Beras ini pula akan bertukar menjadi nasi dan merupakan makanan utama yang di hidang apabila tiba waktu makan.  Padi pulut tidak di hidang sebagai makanan utama tetapi lebih banyak di gunakan untuk membuat kuih-muih.  Ini disebabkan keadaan yang senang melekat semasa di pegang dan rasa yang lemak....!!                 `    

 

push  to  back......!!

01_03_T.gif (10897 bytes)