Hasil-hasil   Padi...!

 

Buah padi menghasilkan beras.  Beras boleh didapati selepas kulit buah padi di kupas.Beras yang banyak di dapati di pasaran ialah beras kilang. Ada juga beras kampung iaitu beras yang di tumbuk atau di kisar.  Beras kampung mempunyai nilai pemakanan yang lebih tinggi daripada beras kilang.  Beras kampung sukar diperolehi kini kerana petani lebih suka menghantar padi ke kilang untuk diproses.  berbagai-bagai jenis beras boleh dibeli di pasar.  Beras yang disukai ramai ialah beras panjang lembut dan tidak melekat setelah dimasak dan enak untuk dimakan dengan beberapa jenis lauk.  Beras pendek pula berkanji dan melekat apabila dimasak.  Oleh itu beras pendek tidak sesuai di masak sebagai nasi tetapi lebih sesuai di gunakan untuk membuat kuih-muih.  Ada juga beras pra rebus atau beras keling.  Beras ini dihasilkan daripada padi  yang telah direndam dan kemudian dikukus atau direbus sebelum di kilangkan.  Mengukus atau merebus padi sebelum di kilang akan mengelakkan kehilangan zat-zat daripada padi itu.   Ini disebabkan ketika proses merebus, vitamin-vitamin akan masuk ke bahagian dalam beras dan melekatkan embrio, jadi tidak mudahlah embrio dan vitamin-vitamin terbuang semasa di proses.  Bgaimanapun, terdapat perbezaan yang besar dalam penghasilan tepung yang di buat  daripada tepung beras dan tepung gandum.  Tepung gandum yang di proses sebanyak 400 juta tan dapat menghasilkan 360 juta tan tepung yang boleh di makan manakala 400 juta tan padi hanya menghasilkan 260 juta tan beras dalam apa jua bentuk.  Ini terjadi kerana padi banyak mengandungi kulit dan dedak. 

                                                            klik di sini...!! next.gif (1358 bytes)tweety.gif (3382 bytes)

Dogrun.gif (4609 bytes)home007.gif (5133 bytes)Dotlin.gif (2791 bytes)