BENTUK POKOK PADI..........!!

Padi atau nama saintifiknya Oriza styra adalah satu   keluarga dengan rumput dan gandum.Batang padi panjang sehingga 180 cm, lurus, kecil, bulat dan berlubang di tengah-tengah.besar batang padi ialah lebih kurang 15 milimeter.  Warna batang padi ialah putih, hijau dan kuning.  Warna ini berbeza-beza mengikut peringkat umur padi.  Semasa muda warna batanga padi hijau dan putih dan semasa tua berwarna kuning dan putih.Warna putih terdapat di bahagian batang padi  yang di tutup oleh daun padi.  Akar pokok padi berbentuk rambut cakar gambut. Akar jenis ini tidak panjang tetapi banyak dan halus seperti akar pokok tebu atau rumput. Akar ini tumbuh serumpun di sekeliling pangkal batang padi.  Akar padi halus lagi pendek dan dengan itu senang dicabut.  Buah padi terjadi daripada proses pendebungaan secara sendiri.apabila proses pendebungaan berlaku, isi padi terhasil.   Isi padi pada peringkat awal terdiri daripada santan padi.  Waktu ini padi lembut dan santan boleh di picit keluar.  Warna padi ketika ini ialah hijau muda.   kemudiannya isi padi beransur-ansur menjadi keras dan menjadi paling keras apabila sudah masak.....!!

klik di sini untuk  pulang..backclr.gif (6135 bytes)